Monday, March 18, 2013

Install WhatsApp Pada Gajet 'WiFi Only'


Environment :
  • Windows : Windows 7 Ultimate
  • WiFi Tablet : A13 AllWinner
  • Android OS : 4.0.1 ICS

Saya mennyediakan tutorial langkah demi langkah ini untuk pengguna - pengguna tablet android yang hanya support WiFi sahaja (tiada sim card 3G slot) amnya dan khususnya untuk pembeli-pembeli tablet A13 AllWinner daripada saya di GajetSempoi.



Ya. Walaupun WhatsApp di bina khas untuk gajet yang ada slot 3G simcard - lebih tepat lagi handphone, tetapi dengan sedikit 'tweak', pengguna-pengguna gajet yang tiada slot simcard - lebih tepat lagi 'WiFi Only Gadget' juga boleh menggunakan aplikasi WhatsApp walaupun anda mengguna handphone zaman jepun (dengan syarat handphone anda boleh terima SMS).

Tutorial ini tepat untuk environment yang telah saya nyatakan di atas. Untuk Tablet lain atau Android versi lain - contoh android 4.1.1 JellyBean mungkin sedikit berbeza. Tapi tak langkah-langkah install tak jauh beza - amat mudah untuk difahami.

Jika anda muat turun aplikasi WhatsApp terus menggunakan Playstore, anda tidak dibenarkan memuat turun aplikasi tersebut kerana tablet anda hanya support WiFi - bukan handphone.

Cara yang kita akan gunakan ialah meng'install' tanpa perlu melalui PlayStore.

Jom kita mulakan...

Keperluan :
  • Tablet Android
  • Akaun Gmail yang telah di daftarkan ke dalam tablet yang anda gunakan.
  • Akaun gmail tersebut mempunyai senarai contact yang mempunyai nombor handphone untuk di hubungi (WhatsApp akan secara automatik memaparkan senarai contact anda yang juga menggunakan aplikasi WhatsApp pada handphone mereka..

Langkah 1 :
Pada browser di komputer anda, download file yang diperlukan melalui url ini http://whatsapp.com/android.


Langkah 2 :
Simpan file tersebut (WhatsApp.apk) di lokasi yang sesuai pada komputer anda (saya meletakkannya di folder c:\tablet-installer\whatsapp)


Langkah 3 :
Sambungkan tablet anda kepada komputer. Pada tablet, tekan pada bahagian status penyambungan (bahagian bawah, sebelah kanan screen untuk mengeluarkan menu seperti di bawah. Klik pada bahagian seperti yang ditunjukkan di bawah.


Langkah 4 :
Selepas anda selesai langkah 3, skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik pada butang 'Turn on USB storage'. Tunggu proses penyambungan selesai. Setelah proses penyambungan selesai, skrin di bawah akan dipaparkan. Anda sekarang sudah bersedia untuk transfer file dari komputer anda ke dalam tablet.


Langkah 5 :
Pada komputer anda, anda akan dapat lihat satu drive baru wujud (contohnya A13-MID untuk tablet saya. Tablet anda mungkin berlainan namanya). Copy file installer ke dalam drive baru tadi. Paste pada folder pilihan anda (saya create satu folder 'installer' pada tablet tersebut dan 'whatsapp' sebagai sub-folder).

Setelah selesai copy file installer tersebut - pada tabet anda, klik butang 'Turn off USB storage' (rujuk langkah 5), cabut wayar USB untuk membolehkan anda meneruskan langkah seterusnya.


Langkah 6 :
Pergi ke skrin utama tablet anda yang memaparkan senarai aplikasi, klik ikon file manager untuk memulakan proses install WhatsApp.


Langkah 7 :
Menggunakan aplikasi File Manager, cari file WhatsApp.apk di dalam folder yang berkenaan (folder yang sama dengan folder pada Langkah 5. Folder saya = /sdcard/installer/whatsapp).
Klik file WhatsApp.apk untuk langkah seterusnya.


Langkah 8 :
Paparan pada skrin di bawah akan dipaparkan sebagai peberitahuan perihal WhatsApp secara terperinci dan sebagai langkah confirmation untuk anda meneruskan proses installation.
Klik butang Install untuk mula install.

Tunggu sehinga proses install selesai. Skrin pemberitahuan proses install selesai akan dipaparkan (rujuk gambar di bawah) - tekan butang Done.
Proses install WhatsApp anda sudah selesai. Peringkat seterusnya ialah peringkat configuration.


Langkah 7 :
Pada tablet anda, pergi ke skrin utama ang memeparkan senarai aplikasi, cari ikon WhatsApp, tekan butang tersebut.


Langkah 8 :
Tekan butang 'Agree and continue' pada skrin berikutnya.


Langkah 9 :
Tekan pada bahagian 'Choose a country' dan pilih Malaysia. Aplikasi ini akan memilih +60 sebagai kod negara untuk nombor telefon anda.





Langkah 10 :
Isikan nombor handphone anda dan tekan butang 'OK'.


Langkah 11 :
Satu lagi mesej confirmation akan dipaparkan. pastikan nombor handphone yang dipaparkan adalah nombor handphone anda. Tekan butang 'OK' untuk ke proses seterusnya.


Langkah 12 :
Tunggu sehingga proses selesai. Satu nombor kod akan di hantar melalui SMS ke handphone anda.
 

Gambar di bawah ini ialah contoh nombor kod yang di SMS.



Langkah 13 :
Masukkan code dari handphone anda ke paparan skrin seterusnya pada tablet (rujuk gambar di bawah)


Langkah 14 :
Masukkan nama yang anda ingin paparkan pada WhatsApp anda (setiap orang yang menghubungi anda melalui WhatsApp akan melihat paparan nama ini) - saya letakkan MarkYie sebagai nama saya untuk dipaparkan. Jika anda ingin meletakkan gambar anda, anda boleh tekan pada bahagian gambar (boleh pilih gambar anda yang telah tersedia di dalam tablet atau ambil gambar menggunakan tablet tersebut dan pilih gambar tersebut sebagai gambar WhatsApo anda.
Tekan 'NEXT' untuk proses seterusnya.


Langkah 15 :
Tunggu sehingga proses 'Initializing' selesai.


Langkah 16 :
Tekan butang 'Continue' - dan proses anda selesai.


Nah, sekarang. Tablet anda telah tersedia dengan Aplikasi WhatsApp - sama seperti pengguna-pengguna lain yang gunakan pada gajet-gajet mahal mereka. Siapa kata perlukan gajet mahal untuk bergerak selari dengan teknologi? :-)

Setiap kali anda ingin menggunakan aplikasi ini, hidupkan WiFi terlebih dahulu, dan anda seterusnya boleh gunaWhatsApp anda.

Anda mungkin perlukan gajet murah ini untuk menggunakan whatsApp --> Tablet A13 AllWinner 4Gb (Android 4.1.1 JellyBean).

Nak WhatsApp saya? ini nombor saya - +601116536240.
Boleh WhatSapp untuk sebarang pertanyaan / boleh tinggalkannya pada bahagian komen yang saya sediakan.

No comments:

Post a Comment